Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Masalah haid yang tidak teratur sejak berusia 15 tahun

Dijawab oleh: Dr Sri Viknarajan

Dikemaskini pada: Jun 3, 2020 1:30 AM

Sulit 37 hari

Saya mempunyai masalah haid sejak berumur 15 tahun. Saya pernah berjumpa doctor di hospital dan doktor tersebut membuat ultrasound dan memberi ubat. Pada awal nya haid saya datang selepas mengambil ubat tersebut, dan setelah habis. Haid saya tetap seperti dulu. Sekarang saya sudah berusia 20 tahun tetapi masih menghadapi masalah tersebut. Saya telah mencuba bermacam macam cara , saya pernah mencuba jus buah delima namun tetap sama. Dan sekarang saya sedang mencuba folic acid. Saya masih belum berkahwin jadi saya sangat risau. Sila beri keterangan doktor. Terima kasih

Dr Sri Viknarajan 37 hari
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Untuk makluman anda, haid tidak teratur boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya:

  • kehamilan
  • Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
  • Tekanan emosi
  • Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
  • Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
  • Mengambil pil perancang kehamilan
  • Masalah polycystic ovarian syndrome
  • Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
    Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah kitaran haid yang tidak teratur kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Wed Jun 03 2020 01:30:15 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.87
Sulit
Bulan kedua pasang IUD tak datang period I’m 25y.o. I dont get period after 2 month wearing Copper IUD. My pregnancy taste kit negative. Baca lagi...
23 hari
Sulit
Tidak didatangi haid selepas suntikan Saya telah berkahwin dan berumur 29 tahun, saya mengalami sengugut yang teruk dan telah berjumpa doktor dan doktor memaklumkan sy mempunyai adenomyosis. Rawatan yang diberikan adalah saya mengam… Baca lagi...
51 hari
Sulit
Period tak datang 2 bulan tetapi cek upt negatif Saya berhenti perancang selepas melahirkan anak pertama pada bulan 11 2019. Selepas berhenti pil perancang period seperti biasa, sejak bulan 3 period masih xkunjung tuba. Scan doktor cakap rahim… Baca lagi...
2 bulan
najiah0722
Haid Lewat tetapi UPT Negatif. Adakah normal atau perlu ke klinik untuk pemeriksaan? Saya wanita berumur 24 tahun dan telah berkahwin. Bulan 4 dan 5 period saya teratur seperti biasa namun b bulan 6 saya masih belum period. First date period saya pd bulan 5 adalah 24hb manakala last d… Baca lagi...
10 hari
Sulit
Masalah haid yang tidak teratur sejak berusia 15 tahun Saya mempunyai masalah haid sejak berumur 15 tahun. Saya pernah berjumpa doctor di hospital dan doktor tersebut membuat ultrasound dan memberi ubat. Pada awal nya haid saya datang selepas mengam… Baca lagi...
37 hari
Tuntut RM300 Ujian COVID-19 >
Tanya Doktor Percuma Hadiah Tunai RM30 eFarmasi