
angah_lia87
5 tahun
Masalah kali pertama melakukan hubungan intim
Sy anak dara berusia 32…sering takot tuk melalukan hbgn intim bsama suami…sdgkn sy da lakukan ringan2 dan terangsang…tp bila dia strt tuk memasukn…sy jd takot dn menolak…sbb kn ni sy jd stress…ape yg perlu sy lakukan

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, masalah yang anda alami ini boleh diselesaikan secara perlahan-lahan dengan:
- Berbincang dengan suami anda - berterus terang dengan awal agar tiada salah faham
- Amalkan senaman yang menenangkan fikiran seperti yoga atau meditasi dan aromaterapi
- Bertenang dan tidak terlalu ghairah ketika melakukan hubungan seksual
- Sekiranya berlanjutan, maka anda dan suami boleh merujuk kepada pakar kesihatan seksual bagi terapi pemikiran dan lain-lain
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan seperti sejarah kesihatan dan faktor sejarah lampau serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.