Sulit
6 tahun
Masalah kehamilan kedua
Assalammualaikum doc sy ada pertanyaan…sy pregnant 25 weeks anak kedua…pregnant kali ni sy ada hadapi masalah Single umbilical artery. Tumberasan janin adalah normal mengikut bulan…segala fungsi organ pon kelihatan normal.sy diberitahu kemungkinan ada masalah genetik pd janin jika mempunyai masalah Single umbilical artery…Amniocentesis test adalah dicadangkan oleh doc.persoalannya tinggi ke risiko masalah genetik pd baby…apa yg perlu sy lakukan jika masalah genetik itu adalah masalah genetik yg serius?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, masalah genetik pada bayi boleh disebabkan oleh beberapa risiko seperti:
- sejarah masalah genetik dalam keluarga
- sejarah keguguran atau kematian janin ketika dalam kandungan atau sejurus selepas dilahirkan
- sejarah bayi yang dilahirkan dengan kecacatan fizikal atau mental
- perkahwinan yang mempunyai pertalian darah
- latar belakang etnik
- umur ibu mengandung
Setiap masalah genetik mempunyai tahap keseriusan yang berbeza. Anda disarankan untuk berbincang dengan doktor anda untuk plan rawatan yang terbaik sekiranya anak disahkan mempunyai masalah genetik.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.






























