
Sulit
4 tahun
Masalah keputihan warna hitam coklat
Saya wanita 20 an…saya mengalami masalah keputihan berwarna hitam coklat…kadang2 bercampur warna merah seperti haid…jadi sekarang saya keliru samaada itu keputihan atau haid…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Pendarahan spotting. Pendarahan ini boleh disebabkan oleh beberapa perkara:
- Sindrom polisistik ovari atau PCOS
- Ketidakstabilan hormon
- Kecederaan pada dinding vagina atau serviks
- Aktiviti harian yang terlalu aktif dan padat
- Stres atau tekanan emosi
- Penggunaan perancangan keluarga yang boleh mengubah tahap kandungan hormon di dalam badan
- Penggunaan ubat cair darah
- Masalah sistem pembekuan darah
- Kehamilan
- Jangkitan salur kencing atau urinary tract infection
- Radang organ pelvis atau pelvic inflammatory diseases
- Jangkitan kelamin (sexually transmitted infection)
- Darah haid
Risau dengan masalah keputihan? Dapatkan penjagaan wanita yang terbaik buat anda.
Spotting berlaku dalam tempoh yang singkat sahaja di luar masa haid yang biasa. Anda harus berjumpa dengan doktor sekiranya spotting didatangi dengan simptom lain seperti:
- Haid yang lebih panjang dan banyak
- Faraj gatal dan merah
- Haid tidak teratur atau lewat
- Mual
- Sakit semasa kencing atau melakukan hubungan seks
- Sakit bahagian ari-ari atau pelvis
- Lendiran yang abnormal atau berbau keluar dari faraj
- Berat badan bertambah
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda. Sukar untuk kami mengatakan sama ada ia adalah darah haid ataupun keputihan dan spotting memandangkan lebih banyak maklumat diperlukan dan anda perlu diperiksa oleh doktor untuk mengetahui punca masalah yang anda alami.
Sebagai maklumat tambahan, kami sarankan anda merekodkan kitaran dan aliran haid anda di dalam diari ataupun aplikasi telefon pintar supaya ia boleh menjadi rujukan anda dan doktor pada masa hadapan.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.