Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Masalah kuat berpeluh

Dijawab oleh: Dr Ramzdhan

Dikemaskini pada: Jun 15, 2019 11:06 AM

Anonymous 3 bulan

Saya lelaki berusia 27 tahun berasal dari JB. Saya mengalami masalah berpeluh terlalu kuat walaupun tidak melakukan apa apa aktiviti sehingga menyebabkan tidak selesa dan kurang keyakinan diri. Apa penyelesaian terbaik untuk masalah saya ni doktor? Harap sangat dapat membantu.

Dr Ramzdhan 15 bulan
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.

Kuat berpeluh atau lebih dikenali sebagai hiperhidrosis adalah keadaan yang menyebabkan seseorang berpeluh dengan banyak. Peluh boleh berlaku dalam apa jua situasi seperti cuaca sejuk atau tanpa pencetus sama sekali. Ia juga boleh disebabkan oleh masalah kesihatan lain seperti hipertiroidisme/‘hyperthyroidism’. Hiperhidrosis boleh menyebabkan ketidakselesaan.

Hiperhidrosis boleh dibahagi kepada “idiopathic hyperhidrosis” dan “secondary hyperhidrosis”.

A) Hiperhidrosis idiopatik/”Idiopathic hyperhidrosis”

“Idiopatik” bermaksud “sebab yang tidak diketahui.” Dalam kebanyakan kes, hiperhidrosis adalah setempat. Orang dengan hiperhidrosis primer biasanya berpeluh dari sejenis kelenjar peluh tertentu yang disebut kelenjar peluh eccrine. Kelenjar peluh eccrine sangat banyak di kaki, telapak tangan, muka dan ketiak.

B) Hiperhidrosis sekunder/Secondary hyperhidrosis

Jenis ini lebih cenderung menyebabkan seseorang berpeluh semasa tidur. Dalam kes ini, terdapat sesuatu yang menyebabkan hiperhidrosis, iaitu masalah kesihatan atau ubat.

Tiada ubat untuk hiperhidrosis idiopatik, namun, ada cara untuk membantu atasi gejala peluh berlebihan, antaranya:

  • Antiperspiran : Deodoran tidak menghentikan peluh, tetapi semburan antiperspiran boleh membantu. Sesetengah antiperspirator preskripsi termasuk aluminium klorida boleh menjejaskan kelenjar peluh.
  • Iontoforesis : Rawatan ini menggunakan impuls elektrik peringkat rendah untuk melumpuhkan kelenjar peluh buat sementara waktu.
  • Ubat antikolinergik : Ubatan ini menjejaskan isyarat saraf untuk kelenjar peluh.
  • Botox : Suntikan Botox adalah cara untuk menghentikan saraf untuk sementara waktu dari terus menghasilkan peluh secara berlebihan. Ia diluluskan untuk rawatan peluh bawah perut yang berlebihan.
  • Pembedahan : pemotongan saraf di dada yang merangsang penghasilan peluh yang berlebihan yang dikenali sebagai “sympathectomy thoracic” dan pembedahan untuk membuang beberapa kelenjar peluh di kawasan yang terlibat.
  • Hiperhidrosis sekunder sering boleh dirawat, walaupun cara yang betul untuk merawatnya bergantung kepada penyebabnya. Contohnya, hiperhidrosis yang disebabkan oleh hipertiroidisme boleh diatasi dengan merawat penyakit tiroid.

Namun begitu, terdapat beberapa soalan yang harus kami tanyakan bagi mendapatkan maklumat lanjut sebelum kesimpulan tentang masalah yang anda hadapi boleh dibuat. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Sat Jun 15 2019 11:06:18 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.88
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Endokrinologi tentang masalah peluh secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor
RM19.99
Konsultasi Pakar
Dari RM80
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Sulit
Berpeluh walaupun dekat dengan kipas Saya perempuan berusia 22 tahun, sejak beberap hari lepas saya merasakan tangan dan badan saya panas sehingga berpeluh walaupun saya berada dekat dengan kipas tidak kira siang atau malam. Selai… Baca lagi...
27 hari
Sulit
Masalah ketiak tidak berpeluh Saya wanita usia 42 tahun.masalah ini bermula dari saya umur 20-an selepas saya makan pil duromine untuk kurus. Pada awalnya saya sangat teruja apabila mkn badan sangat berpeluh.lalu sy terus m… Baca lagi...
38 jam
Sulit
Tapak tangan dan kaki cepat berpeluh Saya remaja berumur 23 tahun. Saya mengalami masalah tapak tangan dan kaki cepat berpeluh walaupun dalam bilik yg guna aircond. Baca lagi...
3 bulan
bayang2putih
Berpeluh pada bahagian muka Saya Lelaki berusia 29 tahun,saya seorang yang suka melakukan aktiviti luar rumah dan banyak berpeluh … Tetapi akhir-akhir ini saya kuat berpeluh pada bahagian muka sahaja sehingga menghalang pengliha… Baca lagi...
30 hari
Sulit
Tangan berpeluh berlebihan Saya bekerja sebagai spa therapist dan mengalami tangan yang sentiasa berpeluh …jadi agak menjadikan masalah dengan kerja Saya…apa yang harus Saya lakukan untuk menhilang peluh tangan saay? Baca lagi...
2 bulan
Tanya Doktor Percuma Sambutan Hari Malaysia: Baucar RM15