Sulit
2 tahun
Masalah onani tidak seperti orang normal
Saya dari kecil mempunyai tabiat menggeselkan zakar ke lantai secara meniarap tanpa di ajar dan saya tidak tahu dari mna saya belajar dan rasanya nikmat tpi tidak keluar air mani la. Sehinggalah saya sunat dh berhenti agak lama dr melakukan tabiat ini saya mula cuba kembali tabiat saya dan kali ini keluar air mani dlm darjah 5 rasanya. Saya melakukan tabiat sehingga la sekarang meniarap dan dan menggeselkan zakar ke lantai dengan memakai seluar. Saya juga tidak pernah mimpi basah dan agak sukar atau untuk ejakulasi jika onani menggunakan tangan sbb saya perlukan pergerakan supaya lebih puas. Kadang saya meggeselkan dgn kontak yang agak lembut dgn memakai seluar kadang jugak agak kasar.Setakat saya berumur 21 kesihatan zakat saya agak okay ada morning wood sekali sekala dan zakar boleh naik jika terangsang atau memikir perkara yg menggarahkan dan juga boleh keluar air mazi .Bagaimna saya mahu mengubah tabiat saya sbb saya tidak capai kepuasan dengan mnggunakan tangan kerana tangan akan cepat lenguh dan saya jadi turn off? Dan normalke seseorang itu tidak pernah mimpi basah? Saya mahu menjadi seperti org lain dan saya takut tidak boleh ejakulasijika bersama pasangan nanti atau memounyai kehidupan seks yang tidak sihat.
Terima Kasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana mengajukan soalan.
Anda mempunyai masalah kerap onani dengan cara tertentu dan bimbang tentangnya. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, tabiat ini adalah onani dan onani dalam apa juga cara sekalipun adalah sesuatu yang tidak bagus. Sebaiknya anda cuba meninggalkan tabiat onani ini untuk menikmati nikmat hubungan seksual yang sebenarnya dengan pasangan anda kelak.
Berkenaan mimpi basah dan onani ini, anda disarankan untuk merujuk perkara ini dengan lebih lanjut seperti mendapatkan bantuan kaunselling atau doktor. Anda boleh berhubung dengan kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami dapat membantu anda lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.