
Anonymous
6 tahun
Masalah pancut cepat
ubat apa yg sy perlu guna untuk melambat kan pancut

6 tahun
Terima kasih atas soalan, encik. Saya berharap saya akan dapat menjawab semua soalan encik.
Pemahaman saya terhadap soalan anda adalah anda berkemungkinan mengalami ejakulasi pramatang.Ejakulasi pramatang atau “Premature Ejaculation” (PE ) adalah jenis disfungsi seksual yang paling biasa pada lelaki berusia di bawah 40 tahun.
Kebanyakan kes pancutan pramatang tidak berkaitan dengan sebarang penyakit dan sebaliknya disebabkan oleh faktor psikologi, termasuk:
- kurang berpengalaman seksual
- isu dengan imej badan
- kebaharuan hubungan
- terlalu banyak rangsangan
Hal ini boleh dirawat dan memerlukan ubat jadi saya sarankan anda untuk mendapatkan nasihat daripada doktor kami.Untuk mengetahui punca masalah anda, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.