
Sulit
4 tahun
Masalah period. First time
SAYA AMUTHA… 27/2-MY LAST PERIOD… 3/3-DAH CLEAR TAPI I BERSAMA DENGAN HUSBAND SAYA… UNTIL NOW PERIIS BELUM DATANG LAGI… ANY SOLUTION

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, selamat sejahtera dan terima kasih atas soalan anda.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu haid yang belum datang. Untuk makluman anda, masalah haid lewat ini boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya ialah:
- Ketidakseimbangan hormon
- gaya hidup yang terlalu aktif
- berat badan bertambah atau berkurang secara mendadak
- Kehamilan
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Ubat-ubatan tertentu
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Untuk mengatasi masalah ini, puncanya haruslah diketahui terlebih dahulu. Justeru, maklumat lanjut dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat.
Haid lewat? Dapatkan kepastian dan tidak perlu tertanya-tanya lagi.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Anda masih risau tentang haid yang lewat? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!