
Sulit
4 tahun
Masalah period yang tidak teratur dan sudah lama
hai saya puteri berumur 20 tahun saya ada masalah period dimana selalu dtg lambat. dan period saya tidak teratur kekdang tu setahun tak datang tapi bila sekali datang first day banyak second day tu dia mcm kluar sikit dan sekarang saya tak period lagi last period pada bulan 4 dan kekdang saya ade sakit di bahagian lower abdomen rasa dia pedih macam kita tahan kencing tapi bila kluar sikit ja rasa pedih tu mcm tu then bila dah period banyak kluar darah berketul ketul … period saya ni dalam setahun hnya 2-3 kali sahaja keluar. jadi saya cadang untuk melakukan pemeriksaan adakah saya perlu membuat temu janji dulu atau walk in terus? sebb pkpb so i didnt know how?.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang masalah haid.
Bagi membuat pemeriksaan di klinik atau hospital, ianya adalah lebih baik sekiranya anda menghubungi klinik tersebut terlebih dahulu. Polisi di setiap klinik pada masa kini adalah berbeza, jadi sila hubungi mereka untuk maklumat lanjut.
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Tentang haid anda, antara penyebab haid tidak datang dan tidak teratur adalah:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid (seperti hipotiroid) atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah Sindrom Polisistik Ovari
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Anda masih risau tentang haid tidak banyak? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.