Sulit

2 tahun

Masalah rahim nipis

Hai Doctor, baru-baru ini saya keguguran selepas 8 minggu hamil. Saya berumur 41 tahun dan sudah 5 tahun tidak mengandung. Terdahulu, semasa melahirkan anak 5 tahun lepas secara pembedahan, doktor ada maklumkan bahawa rahim saya nipis dan ada D fracture. Saya masih boleh hamil lagi tetapi doktor nasihatkan saya supaya maklumkan sejarah kehamilan yang lepas kerana katanya saya perlu warded apabila kandungan berusia 7 bulan. Keadaan rahim saya jadi begitu kerana saya pernah melahirkan anak ke-2 secara pembedahan kerana placenta previa type-3. Persoalan saya, adakah saya mengalami keguguran kerana masalah rahim saya itu dan adakah peluang lagi untuk saya hamil. Ada tak cara untuk saya memulihkan keadaan rahim saya yang nipis. Terima kasih doktor kerana sudi menjawab soalan-soalan saya.

Salam sejahtera,

Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.

Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda ingin mengetahui sekiranya keguguran kandungan adalah disebabkan masalah rahim, peluang untuk anda hamil dan cara memulihkan keadaan rahim yang nipis. Saya akan cuba memberikan maklumat yang berkaitan dengan baik.

Untuk makluman anda, terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan rahim tipis, antaranya adalah:

  • Estrogen rendah
  • Pengaliran darah yang tidak mencukupi
  • Tempoh Amenorea / Tidak normal
  • Penyakit Keradangan Pelvis (PID)
  • Pasca pembedahan dikawasan sekitar rahim atau pelvis
  • Kemampuan organ intrauterin untuk beradaptasi
  • Kualiti tisu endometrium yang buruk
  • Ganggguan anatomi (i.e. polip, kista ovari, fibroid, endometriosis, dll)
  • Gangguan stress
  • Hormon yang tidak stabil (kerana ubat-ubatan atau gangguan penyakit)
  • Penggunaan ubat tertentu tanpa pengawasan doktor (i.e. Clomiphene )
  • Kontraseptif hormon: Pil kontraseptif atau IUCD

Umumnya wanita yang mengalami masalah berkaitan dengan kehamilan, seperti tidak dapat hamil atau sukar untuk hamil, mereka mesti memeriksa tahap estrogen dan ketebalan endometrium (lapisan dinding rahim) mereka. Lapisan dinding rahim mestilah setebal sekurang-kurangnya 8 mm untuk berjaya menanamkan janin. Sekiranya lapisan dinding nipis, implantasi tidak berlaku yang menyebabkan kegagalan kehamilan. Oleh itu seseorang perlu mendapatkan rawatan Lapisan Rahim Tipis dengan doktor pakar sakit puan.

Selain itu terdapat beberapa usaha yang boleh membantu meningkatkan ketebalan rahim antaranya:

  • Pengambilan suplemen yang tinggi kadar estrogen
  • Pemakanan zat yang tinggi hormon wanita
  • Senaman
  • Kawalan stress

Saya berharap kenyataan diatas dapat membantu dan sekiranya anda memerlukan penjelasan yang lebih lanjut, anda boleh bercakap dengan doktor kami atau mendapatkan nasihat doktor pakar kami secara atas talian. Terima kasih.

Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan

anastasia-nelen-2D7QcMOFrfY-unsplash%20(1)

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2)