
Sulit
5 tahun
Masalah Sakit Puan, Mohon pencerahan
Salam sejahtera, hai dokter saya wanita berumur 23 tahun dan berkahwin.Saya ada keluar sedikit spotting before 4 days nak period.Then selepas itu saya tidak datang period, hari ini saya dah lewat period selama 8 hari…saya test UPT result negative. Tetapi simptom saya alami kini kembung perut, breast saya sensitif, ari ari saya rasa nyilu, kerap buang air kecil, tumbuh jerawat di muka kerana saya sukar ditumbuhi jerawat…itu normal ke ??

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, gejala-gejala yang anda alami memerlukan konsultasi lanjut bagi mengenal pasti punca terjadinya masalah tersebut. Anda dinasihatkan untuk terus berjumpa doktor atau bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman tambahan, kitaran haid yang normal terjadi setiap 24-38 hari dan berlangsung selama 2 hingga 8 hari. Kitaran haid dapat dikatakan tidak normal apabila kitaran haid seterusnya datang lebih lambat dari 38 hari atau lebih cepat daripada 24 hari. Hal ini dapat disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUD) atau pil kontraseptif
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.