Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Masalah saya sejak petang kelmarin,dok. Saya jadi takut

Dijawab oleh: Dr Sri Viknarajan

Dikemaskini pada: Jun 20, 2021 12:15 PM

Sulit 40 hari

Dok,saya ada masalah terjadi semalam ptg. Saya baring2 pastu bangun tiba2 badan jadi sgt lemah pastu susah nak nafas.cepat2 saya makan pisang gan minum air. masa saya baring tu saya mcm pening kepala sikit.selesai makan,saya duduk.sekali saya bangun rasa lemah lagi susah nafas sampai rasa nak muntah.cepat2 saya makan nasi.pastu baru ok.Tiada mana2 anggota badan yg sakit cuma lemah badan susah nafas rasa mual n pening.

Dr Sri Viknarajan 40 hari
General Practitioner

Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.

Kami sangat memahami kebimbangan anda tentang gejala-gejala yang dialami secara tiba-tiba setelah berbaring. Kami akan cuba membantu anda.

Umumnya gejala badan terasa lemah yang disertai gejala sesak nafas, mual dan pening kepala boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya termasuk:

  • gangguan cemas
  • gangguan alahan
  • ubat-ubatan
  • migrain

Namun begitu, gejala yang disebutkan juga boleh disebabkan oleh masalah yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian doktor segera seperti:

  • serangan panik
  • keracunan makanan
  • penyakit anemia

Oleh itu, anda amat disarankan untuk menghubungi doktor secara langsung agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.

Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.

Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

Dikemaskini pada: Sun Jun 20 2021 12:15:47 GMT+0800 (Malaysia Time)
4.87
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Neurologi tentang pening kepala secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Perkhidmatan Saringan COVID-19
Lihat semua perkhidmatan saringan coronavirus COVID-19 Malaysia. Ujian PCR/RTK di rumah, klinik, pandu lalu atau ke presmis anda.
Lihat Semua Ujian COVID-19