
Sulit
4 tahun
Masalah tetek kendur
saya bru lepas bersalin. ank menysuu bdan selama 5bulan shja. skrng dia da setahun dua bulan. saya ada masalah tetek kendur . ada cara tak

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah payudara kendur, seperti:
- Penuaan
- Payudara yang besar
- Kehamilan
- Postur tubuh
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Ingin kami tekankan bahawa anda tidak perlu risau mengenai masalah ini. Tetapi sekiranya ia mengganggu anda dan anda perasan sesuatu yang tidak normal pada payudara anda, sila berjumpa dengan doktor untuk membuat pemeriksaan lanjut.
Anda juga boleh lakukan beberapa perkara ini sebagai salah satu cara untuk menegangkan payudara:
- Melakukan senaman
- Mengurangkan berat badan
- Perbetulkan postur badan
- Menggunakan saiz pakaian dalam yang sesuai
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.