Sulit
5 tahun
Masalah Varicose vein
Hi, saya mempunyai minor varicose vein di betis sebelah kiri. Saya akan menghadiri temuduga tentera. Persoalan saya, bolehkah saya jadi seorang tentera? Adakah ada rawatan sesuai untuk saya dan berapakah kos rawatan varicose vein ini?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, untuk makluman anda, varicose vein adalah merupakan keadaan apabila injap saluran darah vena rosak sehingga saluran darah kelihatan melebar dan membiru. Ia biasanya terjadi pada wanita hamil dan akibat obesiti. Penanganan dan perawatan varicose veins adalah tergantung kepada penyebab kejadian dan sifat pembuluh darah. Justeru, tidak mungkin kami dapat memberikan sebut harga kos perawatan anda. Merujuk kepada temuduga tentera, kami tidak pasti berkaitan hal itu memandangkan kami bukanlah panel kesihatan tentera.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.





































