Sulit
3 tahun
Masalah zakar sukar tegang dan buah zakar kendur
Zakar saya sukar tegang dan tidak seperti dlu.Buah zakar kendur di bahagian kiri.Doctor,boleh kongsi cara untuk mengatasinya.Terima Kasih
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang masalah zakar tidak tegang dan buah zakar kendur. Buah zakar yang kendur boleh menjadi tiada masalah jika tidak terdapat apa apa kesakitan atau bengkak di situ.
Biasanya masalah zakar tidak tegang boleh disebabkan oleh:
- Masalah psikologi
- Kecederaan zakar
- Masalah kesihatan yang menyebabkan saluran darah dan saraf zakar terjejas iaitu:
Masalah ini boleh dielakkan dengan:
- Amalkan gaya hidup sihat
- Kurangkan berat badan
- Elakkan merokok
- Amalkan pemakanan sihat dan seimbang
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah