Sulit
3 tahun
Maslah ketika memandu
Saya hilang fokus dan terasan mual dan pening ketika memandu
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, masalah yang anda hadapi boleh berlaku disebabkan beberapa perkara seperti:
- Motion sickness
- Benign Paroxysmal Positional Vertigo. Iaitu masalah pada telinga bahagian dalam membuatkan anda rasa pusing dan pening
- Penyakit Meniere’s
- Keradangan pada telinga bahagian dalam (Vestibular neuritis atau labyrinthitis) yang berpunca daripada kecederaan ataupun migrain
- Anaemia
- Kurang gula (Hypoglycaemia)
Saya sarankan anda untuk ke klinik dengan segera untuk mendapatkan punca masalah dan rawatan kerana perkara ini bahaya untuk diri anda dan orang sekeliling di jalan raya.
Anda tiada masa untuk sakit kepala? Dapatkan kelegaan segera.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala.