Sulit
2 tahun
Masturbation dan terasa sedikit sakit dan kurang selesa… ingin penerangan dan cara-cara menanganinya
Saya wanita berumur 17 tahun… saya melakukan masturbation semalam (fingering) dan vagina saya terasa sedikit sakit dan tidak selesa… adakah ia normal? Apa yang perlu saya lakukan? Apabila saya mencari di Internet, ia berkata saya terlalu kasar… Mintak penerangan doktor ye!! Terima kasih :3
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- Faraj terlalu kering
- Luka pada faraj
- Lecet pada faraj
- Penyakit kelamin
- Jangkitan saluran kencing
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.