Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Mata semakin merah & kegatalan dibahagian bawahnya

Dijawab oleh: Dr Ramzdhan

Dikemaskini pada: Ogos 7, 2020 3:31 AM

Sulit 53 hari

Assalamualaikum.Saya punyai satu soalan penting, mata saya dibahagian kiri punyai masalah serius. Ianya semakin kemerahan dan kegatalan dibahagian bawahnya. Ianya juga punyai pandangan yang semakin kabur dan kurang berair. Saya telah menahan sakit mata ini sejak 2 minggu dan semakin pedih apabila terkena cahaya yang terang(LED/SPOTLIGHT) dan panas (tengah hari). Saya telah pergi ke hospital dan klinik yang berdekatan,namun mereka hanya memberi ubat penitis mata (Rinz-normal saline). Saya berharap agar dokter-dokter disini dapat membantu saya memahami panyakit mata kiri saya. Terima kasih. Assalamualaikum

Dr Ramzdhan 53 hari
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang ditujukan.

Berdasarkan keterangan yang diberi, simptom-simptom yang ada alami seperti mata kering dan sakit mata melihat cahaya terang mungkin berkaitan antara satu sama lain. Terdapat beberapa punca masalah yang kami boleh kongsi dengan anda mengenai masalah ini secara am iaitu:

  • Pengunaan komputer atau telefon pintar terlalu lama
  • Memakai kanta lekap
  • Umur meningkat
  • Cuaca persekitaran
  • Merokok
  • Jangkitan mata
  • Glaucoma
  • Uveitis

Untuk maklumat anda, kemungkinan besar sakit mata melihat cahaya (photophobia) dan kemerahan mata adalah berpunca daripada mata terlalu kering secara khususnya. Terdapat beberapa sebab lain antaranya ialah:

  • Conjunctivitis
  • Scleritis
  • Lelasan kornea
  • Jangkitan kuman atau keradangan otak (jarang)

Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera sekiranya keadaan anda semakin teruk.

Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan.
Terima kasih,

Dikemaskini pada: Fri Aug 07 2020 03:31:23 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.88
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Mata tentang sakit mata secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor
RM19.99
Konsultasi Pakar
Dari RM80
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Sulit
Kelopak mata belah kanan bergerak sendiri Saya wanita berumur 27 tahun dan sudah berkahwin… Soalan saya adalah kelopak mata sebelah kanan saya bergerak sendiri dan sudah masuk 5 hari hal ini berlaku… Saya agak tidak selesa dengan keadaa… Baca lagi...
2 bulan
Sulit
Elok ke kandungan Supplement shaklee, adakah lebih baik makan supplement atau tidak mengambil apa2supplement Hi dr, sya ada baca tntg kebaikan produk shaklee. Sya rsa ingin mencuba produk yg berkaitan untk mengurang kn rabun saya. Dr rsa ptut ke sya mncuba produk itu sbb sya bimbang juga tkut ade kebur… Baca lagi...
3 bulan
Sulit
Gangguan mata ..bila melihat sesuatu mesti tidak tenang..bila tengok tv keliling mata rase berkilau dan bergerak-gerak mata saya berpinar-pinar tetapi saya tidak ade sakit kepala atau sakit lain…bila tengok sesuatu mesti ade gangguan keliling benda tu…ganguan mata tu macam keliling kita bergerak²…kenapa ye? Baca lagi...
10 hari
Sulit
Mata sakit Di bahagian belah kiri Saya shahir berumur 20 tahun. Sejak 2 minggu mata saya belah kiri rasa sakit di bahagian dalam. Baca lagi...
12 hari
Sulit
Masalah mata atau lens Hello doc , saya nak tanya kenapa kalau saya pakai lens tak boleh lama, dan kenapa kalau saya pakai lens cepat berair ? Sakit kepala ? Walaupun lens tersebut saya beli di kedai cermin mata? Mata… Baca lagi...
4 bulan
Tanya Doktor Percuma Sambutan Hari Malaysia: Baucar RM15