
Sulit
5 tahun
Melakukan seks tanpa perlindungan
saya sudah lama berkahwin dan agak sering mengamalkan prostinor disebabkan melakukan seks tanpa perlindungan. Suami bekerja jauh dan hanya balik sekali sekala . kami belum merancang untuk ada anak buat masa ini . saya ingin bertanya adakah kekerapan prostinor yg saya ambil boleh menyebabkan saya akan mandul ? adakah prostinor begitu berbahaya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Harus diingatkan bahawa Postinor-2 adalah kontraseptif kecemasan sahaja. Postinor-2 tidak dimaksudkan sebagai kaedah kontrasepsi biasa. Ia digunakan untuk mengelakkan kehamilan apabila diambil dalam tempoh 72 jam hubungan seks tanpa perlindungan. Dianggarkan bahawa Postinor-2 dapat menghalang 85% kehamilan yang diharapkan. 95% kehamilan yang dijangkakan akan dicegah jika diambil dalam 24 jam pertama, menurun kepada 58% jika diambil antara 48 jam dan 72 jam selepas hubungan tidak dilindungi Postinor-2 hanyalah digunakan untuk situasi kecemasan sahaja yaitu sebagai “ morning after pill ” sahaja.
Maksimum sekali setiap satu kitaran haid. Efek samping yang sering muncul setelah menggunakan Postinor adalah seperti mual, muntah, perdarahan, sakit payudara, sakit kepala, pening, keletihan dan dapat berlangsung sampai dua hari. Sekiranya gejala terjadi lebih lama dan parah, sebaiknya puan mendapatkan konsultasi doktor.
Seandainya mahu merancang kehamilan, sebaiknya mempertimbangkan pil perancang regular seperti Noriday, Mercilon, dan lain-lain
Untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, adalah amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.