
Anonymous
6 tahun
Melambatkan pancutan air mani
Apakah cara yang boleh melambatkan pancutan air mani semasa berhubungan seks…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk pengetahuan encik, masalah ejakulasi pramatang ialah keadaan di mana seseorang lelaki tidak mampu mengawal ejakulasi dan ejakulasi berlaku terlalu pantas ketika alat kelamin diransang, seperti ketika bersetubuh atau masturbasi.
Kebanyakan masalah Ejakulasi pramatang dialami oleh golongan muda dan sebab utamanya ialah perasaan gugup, gemuruh dan panik. Jika encik mempunyai perasaan gugup atau gemuruh ketika hubungan intim bersama isteri, encik boleh cuba untuk menenangkan diri sebelum bersetubuh dengan isteri. Jika ini tidak berkesan, encik dan isteri boleh berjumpa dan mendapatkan nasihat dari seorang psikoterapi seksual.
Selain itu, encik juga boleh melakukan beberapa senaman yang juga terbukti berkesan dan selamat untuk merawat ejakulasi pramatang. Antaranya ialah senaman ‘stop-start’ dan senaman otot pelvik. Senaman ‘stop-start’ ini boleh dilakukan dengan menghentikan ransangan kepada alat kelamin ketika dalam keadaan ereksi ketika encik merasakan hampir mencapai ejakulasi dan cuba menahan diri anda sehingga perasaan untuk ejakulasi tersebut hilang, Ulang langkah ini untuk beberapa kali setiap satu sesi.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.