Sulit
2 tahun
Mempunyai ulser atau jerawat di kawasan celah peha
saya lelaki 20an dan saya mempunyai jerawat atau ulser tapi saya rasa macam jerawat…di celah peha berhampiran dgn testis… tidak mempunyai sebarang rasa sakit dan sudah mengecut selepas saya picit…adakah itu berkait dgn sesuatu yg bahaya….
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
terima kasih atas soalan yang ditujukan.
Kami memahami kerisauan yang anda sedang alami. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa keadaan di mana anda boleh mengalami masalah kulit sedemikian:
- Sebaceous cyst
- Furuncle atau carbuncle; jangkitan pada folikel bulu atau rambut
- Bullous impetigo
- Ruam disebabkan oleh ubat-ubatan
- Lipoma
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.