Sulit
3 tahun
Mengalami batuk berkahak sejak dua hari lepas. Tetapi tidak teruk. Hanya batuk ringan. Apakah ada kaitan dengan covid. Baru pulang dari bercuti di Perlis tetapi bukan dari kawasan temco.mohon penjelasan
Salam sejahtera doc
Saya bimbang saya mengalami batuk berkahak tetapi tidak teruk…cuma rasa seperti batuk yang tidak puas. apa yang membimbangkan saya bercuti di Perlis baru-baru ini. Tetapi bukan dari kawasan temco. Saya mengalami gejala batuk adakah saya perlu bimbang dengan gejala ini? Perlukah saya melakukan ujian atau adakah penilaian kendiri yang boleh dilakukan bagi pengesanan awal. Soalan lain adalah saya sedang menyusu badan adakah saya boleh mengambil ubat batuk jenis bena expectorant? Apakah ada kesan kepada bayi?
3 tahun
Salam sejahtera,
Saya faham kebimbangan anda tentang risiko jangkitan COVID-19 memandangkan kita sedang mengalami wabak tersebut pada masa ini.
Untuk makluman anda, kontak rapat merupakan golongan yang perlu menjalani sarigan sebaik sahaja terdapat pesakit yang positif COVID-19. Kontak rapat terdiri daripada:
- mereka yang tinggal bersama pesakit
- mereka yang bercuti bersama pesakit
- mereka yang merawat pesakit
- mereka yang bekerja bersama pesakit
Buat masa ini, anda tidak berada dalam mana-mana klasifikasi tersebut. Anda boleh memantau gejala COVID-19.
Menurut WHO, simptom-simptom COVID-19 yang lazim dilaporkan ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
Pantau gejala ini dan duduk di rumah serta patuh pada arahan kawalan pergerakan.
Keperluan ujian saringan COVID-19 adalah bergantung pada risiko jangkitan. Oleh itu, Anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Selain itu, anda perlu berjumpa dengan doktor bagi mengetahui ubat expectorant itu sesuai dengan anda atau tidak
Sekiranya anda berisiko sederhana tinggi atau tinggi, anda boleh melakukan ujian untuk COVID-19 di hospital-hospital dalam senarai ini. (Designated Hospital for COVID-19)
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini