
Sulit
5 tahun
Mengalami demam (tidak melebihi 37°©) dan batuk on off sejak awal mac, kini rasa sakit dada seperti dicucuk. Tiada sejarah keluar negara dan tiada kontaks rapat
Salam sejahtera, saya wanita berumur 24 tahun. Sejak awal bulan mac, saya mengalami demam on off (tak melebihi 37°©) dan batuk. Batuk akan teruk terutama pada waktu malam. Sejak akhir ini, dada saya sakit, tp tidak mengalami sesak nafas. Namun dada merasa seperti dicucuk dan buat saya rasa tak selesa. Deman dan batuk masih lagi on off. Saya tidak ada sejarah ke luar negara dan tidak kenal dgn mana2 kontaks rapat yang positf covid19. Apa pendapat doctor? Saya risau ke hospital kerana ada nasihat yg mengatakan di hospital akan lebih tdedah dgn virus covid19. Perkara ini amat merisaukan saya kerana saya risau saya dijangkiti virus ini

5 tahun
Salam sejahtera,
Saya faham kebimbangan anda tentang risiko jangkitan COVID-19 memandangkan kita sedang mengalami wabak tersebut pada masa ini. Menurut WHO, simptom-simptom COVID-19 yang lazim dilaporkan ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
Demam ialah suhu badan melebihi 37.5. Maka, suhu badan anda iaitu 37 adalah tidak demam sama sekali.
Untuk makluman anda, dada sakit dan batuk boleh disebabkan oleh pelbagai masalah kesihatan termasuklah:
- Jangkitan bakteria atau virus
- Asma
- Allergic Rhinitis
- Pneumonia
- Penyakit tibi
- COPD
Memandangkan anda mempunyai gejala batuk dan sakit dada anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.**
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini