Sulit
4 tahun
Mengalami kesukaran untuk bernafas. Kadang2 sakit di bahagian dada apabila menarik nafas dalam
Saya wanita berusia 24 tahun. Untuk 2/3 hari yang lepas saya mengalami masalah sukar untuk bernafas. Tetapi kesukaran untuk bernafas mula dri dlu cuma saya tidak mendapatkan apa2 rawatan. Terkadang saya akn loya atau rasa mual mual. Badan saya pula akan on off panas. Perlukah saya ke klinik kesihatan untuk mendapatkan rawatan buat masa sekarang? Thank you doctor
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah sesak nafas ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Anemia - kurang darah merah
Penyakit Asma
COPD: Masalah paru-paru sempit
Alahan
Penyakit jantung koronari
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Terutamanya jika gejala yang anda hadapi menganggu kualiti hidup anda.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih