Anonymous
7 tahun
Mengalami pendarahan selepas melakukan hubungan bersama suami
Hai doktor. Saya sudah berkahwin 1 tahun dengan suami saya. Awal perkahwinan kami saya ada mengambil pil pistanor 2 sebab saya belum bersedia mempunyai anak ketika itu kerana saya masih belajar tapi kini saya habis belajar dan mahu ada anak tapi setiap lepas seminggu saya sama suami saya mengalami pendarahan selama seminggu sedangkan ketika itu saya waktu subur. Apakah patut saya lakukan? Perlu ka saya mengambil ubat ubatan yang lain?
7 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk kepastian kehamilan, anda diperlukan untuk membuat ujian kencing dua kali sekurangnya. Darah tersebut boleh membawa ke pelbagai maksud.
Pemeriksaan dan ujian tertentu juga mungkin perlu dilakukan bagi mengesan punca masalah ini dan merawatnya. Oleh itu anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan nasihat lanjut. Terima kasih.
































