Anonymous
4 tahun
Mengandung dan bleeding
Hi doc… . Sy mgalami pendarah skrg ni tpi baru2 ini sy ada bjmpa dktr puan dan buat scan tiada sebarang apa2. Tpi hasil ujian utp sy smar samar positif. Sy skrg hamil dan ada pndarahan. Darah yg keluar bewarna merah gelap dan sudah melebihi 3 hari . Skrg sy ada rasa sakit sedikit di bahagian rahim. Sy sgt risaukan kehamilan luar rahim. Adakah sy megandung luar rahim…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Puan, oleh kerana puan sedang hamil ketika ini, pihak kami amat menyarankan puan untuk membuat pemeriksaan lanjut di hospital. Sakit yang bertambah serta pendarahan ini mungkin disebabkan oleh komplikasi kehamilan puan itu sendiri.
Namun terrdapat beberapa sebab puan mengalami pendarahan pada awal kehamilan.Antaranya ialah:
- Pendarahan implantasi: Terdapat sejumlah kecil darah yang terhasil sewaktu implantasi embrio ke dinding rahim dan ia adalah sesuatu yang normal.
- Keguguran yang terancam: Anda mungkin diberitahu bahawa anda mempunyai keguguran yang terancam jika anda mengalami pendarahan atau kekejangan di bahagian bawah abdomen.
- Kehamilan ektopik: Ini berlaku apabila telur yang telah disenyawakan tertanam di luar rahim, selalunya dalam tiub Fallopian.
Jika puan mempunyai sebarang keraguan, sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.