Sulit
6 tahun
Mengandung selepas BTL
selepas melahirkan anak ke5, sy bersetuju untuk BTL, jadi kedatangan haid saya datang seperti biasa setiap bulan.tetapi baru-baru ini, haid sy yang terakhir hari last pada 30sept.
Sehingga hari ini 8nov sy masih belum keluar haid lagi.
Sy dah buat upt di rumah, negatif. Jadi doktor apa yang perlu saya buat sekarang.
Saya ada rasa simpton pening2.
Saya sedang makan ubat darah tinggi amplodipine 5mh stp hr.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah haid lewat ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Kehamilan
- Umur
Haid anda boleh berubah-ubah mengikut dari segi tempoh masa dan juga aliran ketika anda masih remaja.
- Berat badan dan diet
Berat badan dan kandungan lemak badan boleh menjejaskan haid anda.
- Sindrom ovari polikistik / Polycystic ovarian syndrome (PCOS)
Penyakit ini boleh menyebabkan perubahan hormon dalam badan di mana telur telah berhenti matang.
- Ubat-ubatan
Sesetengah ubat yang disarankan untuk masalah kesihatan tertentu boleh menganggu kitaran haid. Pil perancangan, pil hormon, ubat sawan, ubat untuk kemurungan adalah antara contoh-contoh ubat yang melambatkan kitaran haid.
- Hormon tidak stabil disebabkan stress, tekanan emosi dan jadual harian yang terlalu aktif dan padat
Terdapat 1 dalam 1000 wanita yang menjalani BTL memiliki risiko kehamilan. perkara ini amat rendah. Memandangkan anda telah menjalankan UPT, kemungkinan untuk anda hamil adalah lebih rendah.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera kerana. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.
























