
Sulit
4 tahun
Mengapa payudara tidak tumbuh puting saya juga tidak tumbuh saya berasa agak risau kerana saya pernah terkena kayap dia bahagian dada pada umur 15 tahun
saya berumur 19 tahun. saya rasa payudara saya berhenti membesar ketika saya dalam lingkungan 14/15 tahun. Namun, saya tidak selalu berasa sakit dan tiada benjolan. kadang kadang payudara saya berasa sakit namun amat jarang berlaku. saya risau jika ini melibatkan apa apa penyakit.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami keresahan yang dialami oleh pihak anda. Namun, penerangan yang anda berikan masih memerlukan beberapa informasi tambahan bagi mempermudahkan kami untuk mengambarkan hal atau keluhan yang sebenar. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan dengan doktor kami diatas talian.
Kesihatan wanita sangat penting. Dapatkan bantuan sekarang !
Walau bagaimanapun, memandangkan keluhan yang anda berikan terkait dengan proses pembesaran tubuh yang sememangnya memakan waktu dan berbeza dari individu ke individu yang lain, justeru saya menyarankan anda untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan yang lebih komprehensif dari hospital atau hospital pakar yang berdekatan. Hal ini adalah untuk memastikan anda mendapat rawatan (sekiranya didapati perlu) secara langsung dengan doktor pakar yang lebih arif dalam bidang kesihatan wanita.
Lazimnya kondisi anda boleh dikaitkan dengan
- delayed puberty
- constitutional delay
- gangguan hormon tubuh
- gangguan kromosom
- atau gangguan lain yang memerlukan pemeriksaan & rawatan doktor
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan wanita anda dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.