
Anonymous
5 tahun
Mengisap Kemaluan teman lelaki
Saya wanita berusia 26, Saya ingin bertanya Saya telah dipaksa teman lelaki Saya untuk mengisap kemaluan dia… adakah terdapat kesan apa2?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Kemaluan lelaki mahupun wanita tidak seratus peratus bersih. Hal ini kerana terdapat organisme semula jadi yang ada pada kulit untuk melindungi kulit tersebut. Terdapat risiko jangkitan kuman kepada anda sekiranya anda melakukan seks oral kerana status penyakit jangkitan kelamin pada pihak lelaki tidak diketahui. Sekiranya anda menghidapi gejala seperti sakit tekak, demam dan sukar menelan makanan/air, anda harus berjumpa dengan doktor segera. Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian sekiranya terdapat gejala-gejala yang disebutkan. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.