
Sulit
5 tahun
Menyusui dan berat badan susut
Hi doktor, sy berumur 23 tahun dan mempunyai bayi berumur 13 bulan dan masi menyusu badan, masalah sy disni adalah berat badan turun mendadak dan sukar untuk naik, berat dari 50kg ke 41kg ,tinggi 158, sangat2 kurus, sa nak tahu apakah yang perlu sy lakukan untuk menambah berat badan, kerana dengan masalah ni sy kurang yakin dngan diri . Dan adakah menyusui menyebabkan sy terlalu kurus atau sebaliknya, dan jika sy menceraikam bayi sy dengan susu badan adakah berat badan akan naik dengn cepat? Terima kasih doktor

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah susut berat badan yang anda hadapi. Ketika menyusu, ibu memang akan menyalurkan tujuh puluh peratus kalori dan nutrisi melalui susu ibu ke anak. Oleh itu, anda harus meningkatkan kuantiti makanan anda untuk menampung keperluan nutrisi anda dan anak anda sekali. Makanan yang seimbang tetap harus diambil walaupun dalam kuantiti yang lebih daripada biasa. Anak anda juga boleh mendapat nutrisi dan kalori dari sumber yang lain seperti susu tepung dan makanan (bubur yang dicampur dengan sayur dan daging). Anda disarankan untuk berjumpa dengan pakar diet untuk mendapat plan pemakanan yang sesuai untuk berat badan dan keperluan istimewa anda.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.