wantigeryello15
6 tahun
Merasa kesakitan dan berdarah di faraj ketika bersama suami
Selamat pagi doktor…sy wanita yg baru berkahwin,usia baru 20an…ketika bersama suami sy merasakan kesakitan bersama suami dan ada kala ad pendarahan walaupun kerap bersama…kesakitan tetap terasa…ada kemungkinan apa yang saya rasai perkara biasa atau abnormal …boleh doktor terang kan apa yang patut sy lakukan selain rawatan…
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan pihak puan tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak puan, pada kali pertama berhubungan seks boleh terjadi perdarahan kerana peregangan selaput dara yang juga dikenali sebagai hymen. Selaput dara adalah sejenis daging nipis yang terletak pada pembukaan faraj anda. Selaput dara anda akan diregangkan saat kali pertama anda mengalami seks melalui faraj, yang mana tindakan ini mungkin menyebabkan kesakitan atau pendarahan.
Akan tetapi, sekiranya perdarahan masih berlaku setelah berhubungan seks di waktu berhubungan yang seterusnya, boleh jadi disebabkan beberapa perkara seperti:
- jangkitan
- faraj kering
- faraj luka
- ketumbuhan mulut rahim
- luka mulut rahim
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.

































