Sulit
3 tahun
Merasa sakit ketika berhubungan
Hi Doctor, sy ingin bertanya…saya baru berkahwin 1 bulan…boleh ke sy nak tahu…memang normal ke lepas kita melakukan hubungan badan kita akan rasa sakit2 dan sengal2…di bahagaian bahu pinggang dan juga belakang badan .
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, kebiasaannya anda cuma akan berasa lemah atau letih setelah mencapai klimaks. Sakit bahu, pinggang dan belakang boleh disebabkan oleh posisi anda semasa melakukan hubungan seks. Sekiranya berlanjutan atau disampingi simptom lain seperti demam, anda digalkkan untuk berjumpa dengan doktor.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.