Anonymous

4 tahun

Migrain, semput dan lemah badan

Saya wanita berumur 28 tahun. Saya mula migrain sejak tingkatan enam lagi. Kali kedua kena serang migrain masa saya buat pengajian diploma tahun sekitar 2009-2010. Dan pada sekitar hujung tahun 2017-2019, saya kerap sakit kepala teruk. Boleh kata hanya beberapa hari saja dalam sebulan saya sihat. Sakit 2 3 hari, sihat sehari dua. Lepas itu, sakit lagi. Begitu lah seterusnya. Saya ada buat jumpa doktor, Doktor kata tiada hal yang serius dan periksa mata saya, kata doktor power mata saya naik. Minta saya buat kacamata baru. Doktor bekalkan saya ubat tahan sakit.Saya pergi buat pemeriksaan mata dan dah pun buat kacamata baru. Tapi keadaan masih sama seperti sebelumnya. Pada tahun 2017, saya pernah tak ingat dalam 3 bulan. Saya ada buat niaga kecil-kecil. Tapi, satu hari saya bangun pagi, saya tak ingat apa-apa tentang niaga, sahabat-sahabat pun saya tak ingat siapa mereka. Dalam masa 3 bulan tu, ingatan perlahan-lahan normal. Cuma saya seolah-olah tak boleh banyak berfikir, menyemak dokumen-dokumen yang banyak sebab kepala saya akan sakit. Untuk pengetahuan doktor, ada satu masa bila kepala saya sakit sangat, saya perlu keluarkan semua alat peranti seperti telefon dan laptop. Telefon tu saya buat mode senyap. Dan saya tak boleh terlalu kerap melihat skrin telefon/laptop. Saya pernah bantu kakak untuk buat flyers ringkas untuk produk jualannya. Tapi, saya tidak lah melihat laptop 8 jam secara terus menerus. Saya buat kerja 3 jam dan rehat 2 jam, sambung 2-3jam dan rehat 2-3jam, sambung 2 jam dan rehat pada malamnya. Hanya 2hari saya buat begitu, hari ketiga badan saya dah terasa lemah. Kepala jadi makin lama makin sakit dan saya jadi tak larat. Saya cuma bangun untuk makan dan solat saja. Sebab saya betul-betul rasa tenaga sudah habis terus. Dan, seluruh badan terasa bisa mengerut-ngerut, tulang belakang terasa lenguh. Sakit tu memang sakit doktor. Kadang cuma dapat mengalirkan airmata saja untuk tahan sakit. Saya cuma minta mak sapu kan minyak panas saja di belakang badan dan betis. Dan ketika sakit macam tu, tak boleh dipicit/urut sebab jadi makin sakit. Bila saya kurangkan penggunaan telefon dan laptop, alhamdulillah…badan rasa lebih baik. Nak berbual di telefon pun tak boleh lama-lama. Jika terlalu lama macam 1jam gitu, badan mula terasa nak jadi lemah. Sekarang memang saya tak dapat bekerja. Cuaca terlalu panas/sejuk akan buat saya migrain. Terhidu hawa dari penghawa dingin kereta pun dah boleh buat saya migrain. Dan dalam bulan lepas , saya migrain dari sekitar waktu zohor hingga maghrib. Kemudian, jadi kebas tangan, bibir hingga ke kaki. Tubuh jadi sejuk, nafas laju dan saya tak berapa boleh bercakap. Saya minta kakak segera hantar ke hospital muadzam shah di bahgian kecemasan. Apabila diperiksa, kata jururawat tekanan darah, jantung baik saja. Tiada apa-apa masalah. Bila jumpa doktor, doktor kata saya mungkin menghidap satu syndrome…saya tak ingat apa nama syndrome tu. Tapi doktor cakap, ia berpunca dari 3 pnyakit utama iaitu alergik, gastrik dan migrain. Baik, saya ade ketiga-tiganya. Cuma gastrik tu dah lama dulu lg dah. Alergik masih ada tapi saya pun jaga permakanan. Disebabkan salah satu penyakit utama, pesakit boleh jadi depresi atau syndrome. Kalau pesakit tidak depresi, pesakit boleh terkena syndrome. Syndrome tu tak merbahaya macam depresi. Cuma bila sydrome ni, pesakit perlu belajar bertenang dan dinasihatkan untuk banyak minum air masak. Itu kata doktor. Saya juga dibekal kan ubat-ubatan. Tahun sebelumnya boleh kata 2 @3 kali setahun saya sakit dada. Tahun seterusnya jadi 1@2 kali sebulan sakit dada dan kadang-kadang saya tiba-tiba semput. Tahun ni, sakit dada dah kurang tapi terus semput tiba-tiba je. Semput tak kira masa. Ada masa tengah bawak motor,kereta, buat kerja-kerja rumah atau cakar sampah di laman.
Cuma doktor, saya nak minta pandangan doktor…sebenarnya apa masalah kesihatan saya? Selain dari syndrome tu…agak sukar untuk saya jaga diri. Yela, bila kita sakit macam ni…tak semua orang boleh faham…tapi saya sangat syukur sebab keluarga memahami. Mungkin doktor ada nasihat untuk saya tentang masalah kesihatan dan penjagaan diri saya ni…Doktor boleh berterus terang saja tentang keadaan sebenar masalah kesihatan saya…jangan risau sebab saya seorang yang kuat semangat dan setiap hari saya fight segala perasaan atau fikiran yang negatif. Dan sentiasa fikir positif. Saya pun tak sabar nak kembali sihat. Supaya saya dapat buat banyak perkara termasuk lah kembali sambung belajar dan bekerja.Terima kasih doktor.

Dr Ramzdhan,

4 tahun

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Disebabkan gejala/masalah yang anda alami memerlukan perhatian dan perbincangan yang teliti dengan seorang doktor, anda amat disarankan merujuk masalah ini kepada pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami supaya kami boleh bantu anda untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta memberi rawatan yang sesuai. Terima kasih.

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (50)