Sulit
3 tahun
Minyak panas terkena muka
Assalamualaikum doc… tadi semasa saya memasak kemudian minyak terpercik di bahagian pipi dan dahi… kemudian bekas yang terkena minyak di muka tadi jadi kemerah-merahan, berair, berdarah sedikit dan sedikit pedih… Adakah ini sesuatu yang berbahaya doc
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, kulit melecur memerlukan pemeriksaan lebih lanjut untuk mengetahui rawatan yang paling tepat. Hal ini kerana, doktor perlu mengenalpasti tahap kebakaran atau tahap lecur “degree of burn” terlebih dahulu serta perlu mengetahui kawasan yang terjejas kerana dengan maklumat dan pemeriksaan tersebut, rawatan boleh diberikan. Tahap lecur atau kebakaran tahap 2 selalunya memerlukan masa sehingga 2 ke 3 minggu untuk sembuh. Antara rawatan yang boleh diberikan doktor ialah:
- Cold compress
- Wound and debridement
- Ubat tahan sakit
- Water replacement therapy
Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.