Sulit

4 tahun

Mual dan kitaran haid tak normal

Saya wanita 15 tahun dan sejak saya umur 13 tahun, saya seringkali bersama ingin muntah, tetapi apabila saya ingin memuntahkan, tiada apa-apa yg keluar dari mulut. Seperti muntah angin sahaja. Saya mengalami ini sudah 3 tahun. Dan pada masa yang sama, kitaran haid saya dari umur 13 tahun sehingga sekarang jadi tidak normal. Ada masa satu atau dua bulan tak period. Period saya selalu akan datang lambat. Dan apabila setiap kali saya datang period, saya akan mengalami sakit senggugut yg teruk dan sakit itu berlanjutan sehingga 3 hari. Adakah saya ada masalah hormon atau ada penyakit dalaman yang lain?

Dr Ramzdhan,

4 tahun

Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami

Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, masalah haid tidak teratur anda boleh berlaku disebabkan beberapa perkara seperti:

  • Gangguan stress
  • Hormon yang tidak stabil (kerana ubat-ubatan atau gangguan penyakit)
  • Penyusutan atau peningkatan berat badan yang mendadak
  • Penggunaan ubat tertentu
  • Senaman yang tidak mematuhi garis panduan
  • Masalah perubatan - sindrom ovary polycystic (PCOS) atau masalah tiroid
  • Penebalan atau polip pada lapisan rahim dan fibroid rahim

Terdapat juga beberapa perkara yang boleh menyebabkan anda mengalami haid yang sakit, antaranya:

  • Endometriosis atau adenomyosis
  • Polip rahim
  • Sista ovari (ovarian cyst)
  • Radang organ pelvis (Pelvic inflammatory diseases)
  • Stenosis serviks di mana bukaan pintu rahim terlalu kecil dan sempit dan menyebabkan darah berkumpul dan memberi tekanan pada rahim

Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.

Bagi masalah mual anda, terdapat pelbagai kemungkinan yang boleh menyebabkan anda rasa mual seperti:

  • Kesan sampingan beberapa jenis ubat-Ini termasuk ubat kemoterapi
  • Rasa terlalu sakit sehingga mual
  • Tekanan emosi
  • Masalah hempedu
  • Keracunan makanan
  • Ulser perut
  • Terlebih makan melebihi kemampuan
  • Reaksi kepada sesetengah bau seperti bau busuk sampah
  • Serangan jantung
  • Konkusi atau kecederaan otak
  • Ketumbuhan otak
  • Kanser
  • Bulimia atau masalah psikologi yang lain
  • Gastroparesis
  • Pengambilan toksin atau alkohol secara berlebihan
  • Usus tersumbat
  • Radang appendiks

Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa

Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.

Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!

AdobeStock_127296206

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (52)