
Sulit
3 tahun
Muka kering sangat sehingga luka
hi assalamualaikum doktor. Saya wanita berusia 25 tahun yang mempunyai masalah kulit muka. Kulit muka saya jenis kering. Masalah yang saya hadapi sekarang adalah, muka saya sering merasa gatal dan cepat kering walaupun saya dah menggunakan moisturizer. Kering tu pula kadang2 boleh membuatkan muka saya luka dan saya juga mempunyai masalah jerawat yang tak pernah nak okay. Dah cuba mcm2 product tapi tak pernah berhasil. Hal ni membuatkan saya hilang konfiden bila nak cakap dgn org. Btw kulit saya yang terjejas dengan masalah kering ni adalah di bahagian bawah bibir dan pipi.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, gejala anda alami ini, kulit muka kering dan masalah jerawat boleh disebab oleh beberapa perkara, contohnya:
- Ketidakseimbangan hormon
- Jangkitan kulit
- Gaya hidup yang tidak teratur, seperti tidur lewat, makanan kurang seimbang
- Stress, kegelisihan
- Kebersihan yang tidak memuaskan
Untuk mengetauhi punca penyebab gejala anda, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta ujian tambahan dan penyelidikan lebih lanjut. Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk mendapatkan bantuan Pakar Kulit.