
Sulit
5 tahun
Muka lebih teruk selepas tukar pencuci
nak tanya doktor, saya ada tukar pencuci muka baru.pencuci tu ada salisic acid.Selepas saya pakai 2 minggu muka saya lebih teruk.Adakah ia sebab purging atau produk itu tidak sesuai dengan saya

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, pencuci muka yang mnegandungi asid salicylic boleh menjadi terlalu kuat bahan kimianya untuk kulit anda. Bertukar pencuci muka juga dapat menyebabkan perubahan kulit muka.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Maklumat yang anda berikan terlalu sedikit untuk membuat sebarang konklusi. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.