
sarp16.pengurus
5 tahun
Muntah berdarah ibu mengandung
isteri saya 7minggu pregnant… kerap muntah… sekarang dia sakit kat bahagian dada… dan td ada darah bile muntah

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi oleh isteri anda. Terdapat kemungkinan bahawa isteri anda mengalami masalah hyperemesis gravidarum. Masalah ini boleh terjadi kepada ibu mengandung terutama sekali ketika kandungan masih awal. Ini disebabkan tahap hormon yang tinggi. Kebiasaannya masalah ini akan beransur pulih ketika usia kandungan semakin membesar.
Selain itu, masalah sakit dada serta darah mungkin disebabkan luka dalam tekak yang diakibatkan oleh terlalu kerap muntah.
Anda amat disarankan untuk ke hospital sekiranya isteri anda mengalami dehidrasi seperti bibir kering, mata cengkung serta lemah. Sekiranya dia langsung tidak boleh makan dan minum, dia disarankan juga untuk ke hospital bagi mendapatkan rawatan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terdapat juga kemungkinan penyakit lain bagi masalah yang dia hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.