
Sulit
5 tahun
Muntah muntah berterusan
Hi doctor,
Saya disini nak bertanya soalan, Saya dah muntah2x lebih sebulan. Setiap kali sy mkn or minum sy akan muntah, bila sy pg klinik or hospital Saya diberitahu bahawa saya gastric. Saya dah makan ubat gastric dan tahan muntah pon sy akan muntah. Dorng dah ambik darah sy normal cuma kurng air n zat shaja. Selepas xray abdomen sy pon tiada yang pelik… Saya tidak mengalami sebarang sakit di angota badan saya. Mohon bantuan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan. Berdasarkan gejala muntah berterusan selama lebih sebulan, ia berkemungkinan terjadi disebabkan oleh beberapa hal seperti:
- Cyclic vomiting syndrome iaitu sindrom muntah yang banyak terjadi pada pesakit migrain, diabetes dan sesetengah masalah psikiatri
- Masalah sistem pencernaan seperti dispepsia, gastritis (dikenali masyarakat sebagai gastrik) dll
- Penyakit pundi hempedu
- Penyakit usus akibat keradangan ataupun jangkitan
- Hamil
Memandangkan anda telah berubat dengan diagnosis gastritis (gastrik), maka pengubatan sahaja tidak cukup. Anda juga perlu melakukan perubahan gaya hidup. Sebaiknya anda mulai melakukan rutin seperti:
- tinggikan posisi kepala saat tidur
- kurangkan minuman berkafein, minuman bergas
- kurangkan makanan pedas
- bahagikan makanan dalam kuantiti kecil dan banyak kali (>3 kali sehari)
- elakkan makan sebelum tidur (3 jam)
- berhenti merokok atau vape
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.