Sulit
3 tahun
Muntah selepas makan secara tidak sengaja
Saya mengalami masalah muntah selepas makan , Kalau saya makan banyak , automatic saya akan muntahkan makanan itu. tetapi secara tidak sengaja. apa yang patut saya buat? adakah saya mempunyai aneroksia bulemia ?
3 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, perut manusia mempunyai saiz tertentu dan hanya boleh menerima jumlah makanan tertentu bergantung kepada saiz perut dan jika makanan diambil lebih daripada kapasiti perut, maka secara tidak langsung, refleks muntah akan berlaku. Anorexia Nervosa pula ialah penyakit psikologikal di mana terdapat gangguan tabiat permakanan. Anda boleh baca dengan lebih lanjut mengenai anorexia nervosa di sini.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yang paling tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.