Dijawab oleh: Dr Nur Syuhada binti Zulkifli
Saya 23 tahun, baru saja balik dari selangor dan dapati selepas saya balik dari selangor nafas saya berat dan telinga saya panas hingga sukar untuk tidur. Pada hari kedua, lidah saya rasa tawar atau payau dan badan saya terasa dedor. Adakah ini tanda-tanda simptom COVID-19 ? Saya tiada sakit tekak ataupun batuk
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham kebimbangan anda terutama semasa musim pandemik COVID-19 ini. Untuk makluman anda, terdapat beberapa sebab mengapa anda mengalami masalah sukar bernafas tersebut, seperti:
Hidung tersumbat dan sukar bernafas? Dapatkan kelegaan segera.
Namun begitu ini hanyalah pandangan kami secara umum mengapa anda mengalami masalah sedemikian. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dibuat dan rawatan dapat diberikan.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Berikut merupakan sedikit penerangan mengenai COVID-19:
Gejala yang dialami oleh seseorang individu adalah berbeza. Tiada corak tetap yang boleh menunjukkan bahawa gejala yang dialami pasti disebabkan oleh COVID-19. Menurut WHO, simptom-simptom COVID-19 yang lebih lazim dilaporkan ialah:
Sekiranya anda mengalami gejala di atas, anda haruslah segera berjumpa dengan doktor atau mendapatkan ujian saringan di hospital/klinik berdekatan untuk kepastian. Anda juga boleh gklik pautan ini untuk meminta secara langsung ujian saringan COVID-19 atau hubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis ( CPRC ). Selain daripada itu, lakukan kebersihan tangan dengan baik dan pakai topeng muka anda di khalayak ramai.
Anda disarankan juga untuk terus memantau kesihatan anda dan mengambil langkah berjaga-jaga yang disarankan. Berdasarkan garis panduan yang telah dikeluarkan oleh Bahagian Kawalan Penyakit Malaysia, anda digalakkan untuk melakukan langkah pencegahan seperti berikut:
Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
cprc@moh.gov.my
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di ( DoctorOnCall ) secara peribadi. Terima kasih.