
Sulit
4 tahun
Nafas tersekat-sekat dan berdebar-debar
Doc,baru-baru ini saya selalu berasa berdebar-debar, rasa takot, rasa gelisah sahaja… Kadang2 tertiba benda ni datang… Kadang2 dia ok. Bila dada berdebar2 tu muncul sy akan rasa ketidakselesaan dan saya akan rasa nk muntah,kepala jd pening2 mcm nak pitam berpinar2,susah nk bernafas dan bila saya cuba tarik nafas sy akan terbatuk2… Sy cuba kawal keadaan ini… Dgn bernafas melalui mulut. Bila sy cuba tutup mulut bernafas melalui hidung rasa tak cukup nafas dan rasa tercungap2. Setiap kali sy mkn rasa berdebar2 tu dtg… Dan sy sukar nk mkn kdg2 sy paksa diri mkn jgk… Sy xtau la doc kenapa sy selalu rasa berdebar2 gemuruh, rasa takot2,rasa tak yakin… Bila baring rasa jantung laju je… Rasa gementar… Mohon bantu sy doc… Sy xselesa nk drive g kje pn rasa takot2 je.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan dengan doktor kami diatas talian.
Inginkan bantuan penjagaan gaya hidup yang lebih sihat? Dapatkan suplemen anda sekarang!
Keadaan atau penyakit yang dapat memberi gejala berdebar, sesak dada dan sakit kepala pada usia muda, lazimnya boleh menandakan
- gangguan cemas atau was-was
- stres akibat faktor akademik atau pekerjaan
- kesan daripada gangguan tidur
- mahupun gangguan psikologi yang lain
Walau bagaimanapun, ia juga boleh dikaitkan dengan
- Gangguan organ jantung
- Gangguan paru-paru
- Gangguan organ tiroid
- Gangguan metabolisme atau homeostasis tubuh
- dan lain-lain
Saya sarankan anda agar tetap tenang, dan jangan terlebih dahulu membuat apa-apa kesimpulan. Justeru, sekiranya gejala bertambah parah, anda dinasihatkan untuk berjumpa doktor di klinik atau hospital yang terdekat.
Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.