Tanya Doktor

Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Nak masukkan bearing

Dijawab oleh: Dr Sashini Seeni

Dikemaskini pada: Oktober 26, 2020 1:31 AM

Sulit 40 hari

Saya lelaki 32th… saya mahu masukkan bearing pada zakar… boleh ke doktor

Dr Sashini Seeni 40 hari
General Practitioner

Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang penggunaan bearing di zakar.

Untuk makluman anda, prosedur untuk masukkan bearing di zakar adalah sangat tidak disyorkan kerana ia membawa kepada beberapa komplikasi kesihatan:

  • Jangkitan kuman: kebanyakan prosedur ini dijalankan tanpa pengawasan anggota kesihatan yang bertauliah, oleh itu ramai yang menggunakan cara yang tidak nyahkuman bagi memasang bearing. Hal ini akan membawa jangkitan kumanyang serius kepada zakar dan boleh menyebabkan masalah kesihatan seksual lain berlaku.

  • Sakit ketika ereksi

  • Kemerahan dan bengkak zakar

  • Kemandulan

  • Kanser jenis sel squamous

Penggunaan bearing yang asalnya dari penjara oleh banduan banduan adalah untuk menandakan tempoh berapa tahun mereka dihukum. Prosedur ini adalah tidak sihat dan bukan dilakukan oleh pegawai penjara.

Saya amat berharap anda menimbang balik baik dan buruk sbelum melakukan prosedur ini kerana ia boleh memberi banyak masalah kesihatan.

Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Mon Oct 26 2020 01:31:36 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.88
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Urologi tentang kesihatan seksual secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Sulit
Masalah beronani dengan kerap Ketidak fahaman tentang beronani Baca lagi...
6 hari
Sulit
Pesakit hsv 2 boleh guna pesari atau tidak dan anak menerima darah melalui ibu adakah akan dijangkiti Saya berumur 27 tahun…disahkan hsv 2 saya tak tahu macam mana saya dijangkiti sedangkan saya dan suami tidak menukar pasangan sebelum berkhawin…semasa hamil 36 minggu saya disahkan hsv 2 dan sa… Baca lagi...
4 hari
Sulit
Zakar terlalu sensitif dan ngilu Zakar terlalu ngilu bila bersama Baca lagi...
3 hari
Sulit
Sering sakit kemaluan..senak batu Saya lelaki umur 20…anak 3 …bleh doktor bagi nasihat Baca lagi...
8 hari
Sulit
Ruam disekitar zakar Saya perasan macam ruam di sekitar zakar saya 2 hari lepas. Seminggu yg lepas saya kerap mengurut zakar mengunakan method jelqing. Mengunakan minyak zaitun safi sebagai pelincir. Baca lagi...
2 hari