Sulit
3 tahun
Pahit mulut dan sakit tekak
Mulut saya terasa pahit dh beberapa Hari…kadang-kadang terasa sakit tekak…sy baru menjalani rawatan endoskopi pada awal December 2019…
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami keresahan yang dialami oleh anda. Walau bagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini.
Mengikut keterangan anda, gejala yang dialami boleh disebabkan oleh berbagai jenis gangguan tubuh, antaranya:
- kesan sementara pasca endoskopi
- tanda & gejala dari penyakit saluran makan (i.e. gastrik, GERD, dll)
- pengambilan ubat-ubatan yang tidak terkawal
- efek sampingan dari ubat
- stress otot yang berlebihan
sakit tekak juga boleh disebabkan oleh:
- jangkitan kuman
- inflamasi saluran makanan
- iritasi lapisan mukosa saluran tekak
Maka, tanpa pemeriksaan yang lebih khusus, kita tidak boleh menjamin punca sebenar sakit yang anda alami, apatah lagi merekomendasikan rawatan. Walaubagaimanapun untuk menghilangkan keluhan buat sementara waktu, anda dinasihatkan untuk:
- berehat apabila selesai beberapa tugas
- memastikan tubuh sentiasa terhidrat (baca: stay hydrated)
- merujuk ke doktor secepatnya
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan susulan secara langsung di klinik ataupun hospital tempoh hari.
Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.