Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Panas dan masam naik ke kerongkong hingga ke mulut

Dijawab oleh: Dr Sashini Seeni

Dikemaskini pada: Mei 19, 2020 2:40 AM

Sulit 54 hari

Salam sejahtera doktor… Adakah penyakit gerd dapat dirawat sendiri? Dan adakah penyakit pedih ulu hati berbahaya?

Dr Sashini Seeni 54 hari
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Masalah GERD merupakan masalah yang tidak membahayakan nyawa, tetapi ia boleh jejaskan kualiti hidup seharian. Malah terdapat beberapa kajian menunjukkan masalah GERD boleh menyumbang kepada barah oesophagus jika tidak dirawat untuk masa yang sangat lama.

Terdapat beberapa langkah yang anda boleh ambil untuk mengurangkan kesan GERD. Antaranya adalah:

  • Kurangkan berat badan
  • Tidak mengambil makanan berminyak dan berkafein
  • Rawat hiatus hernia (jika ada)
  • Ambil pemakanan yang berkhasiat dan seimbang
  • Elakkan makan sebelum tidur
  • Makan sedikit tetapi kerap

Jika simptom GERD anda berlarutan, anda dinasihati untuk berjumpa dengan doktor supaya doktor dapat melakukan pemeriksaan dan memberi ubat yang sesuai untuk anda.

Sila rujuk kepada pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Tue May 19 2020 02:40:00 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.88
Sulit
Risau akan acid rebound Saya sedang ambil pantoprazole untuk dua bulan. Adakah saya akan alami acid rebound selepas dua bulan.Ini sangat merisaukan saya. Baca lagi...
2 bulan
haziqs777
Gerd,Kebas,Pening dan bolehkan puasa Saya lelaki dalam 20 an. Saya mempunyai gerd… Adakah ia boleh menyebabkan anggota tubuh badan saya kebas seperti darah tidak mengalir dengan betul…Saya juga mempunyai sakit kepala di sebelah kanan…Bol… Baca lagi...
2 bulan
Sulit
Mengalami Pedih Ulu Hati Selamat petang, Saya mengalami pedih ulu hati sejak 3 hari yang lalu. apakah ubat yang boleh meredakan ketidak selesaan yang saya alami? Baca lagi...
3 bulan
Sulit
Berkaitan dengan GERD Hi doktor, adakah GERD atau gastrict boleh menyebabkan badan seram sejuk seperti nak demam, pening kepala Dan ulser Di mulut? Baca lagi...
3 bulan
Sulit
Gerd.. Anxiety.. Panik dan ulser Sy wanita 38thn sy ada gerd… Anxiety dan panik… Baru2 ini sy deman 37.8. Flu…batuk…dlm masa yg sama d sertai ulser d lidah… Ada begkak area ulser lepas tu sy terus berfikir adakah ini kanser ka … Baca lagi...
5 bulan
Tuntut RM300 Ujian COVID-19 >
Tanya Doktor Percuma Hadiah Tunai RM30 eFarmasi