
Sulit
4 tahun
Pandangan kabur dan rebah
saya wanita berusia 17 tahun, saya sering menghidapi pandangan kabur dan kepala pening ketika cuba utk bgun, tpi kali ni ketika saya bgun pandangan saya gelap dan saya terus rebah, saya lupa apa trjdi, ia mengambil masa hmpir 5 minit utk mengingati apa yg berlaku, sesudah itu kaki saya mula lemah, sukar utk berdiri, rsa panas diseluruh muka apabila saya paksa utk berdiri, saya juga mengalami gejala sukar bernafas dan loya setelah kejadian rebah itu, saya ada sejarah hmpir dijangkiti kuman di otak ketika berusia 6 tahun, adakah perkara ini berkaitan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana bertanyakan masalah anda kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu pening kepala atau kepala terasa berpusing-pusing. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya:
- Vertigo posisi benign - punca yang tidak diketahui
- Penyakit dalaman telinga - seperti Penyakit Meniere, batu kalsium dan jangkitan kuman
- Kurang thiamin dalam diet
- Anemia - kurang sel darah merah
- Ketumbuhan dalam otak - gejala lain seperti hilang berat badan, muntah dan sakit kepala
- Glaukoma mata
Untuk mengenal pasti masalah yang anda hadapi, pemeriksaan yang komprehensif perlu dilaksanakan bagi menentukan punca gejala yang dialami oleh anda. Justeru pihak kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor bagi tujuan pemeriksaan dan bebrapa prosedur lain.
Anda tiada masa untuk pening kepala? Dapatkan kelegaan segera.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Anda amat disyorkan untuk menjalani pemeriksaan kesihatan sekiranya masih ragu-ragu. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Dapatkan penerangan lebih lanjut dan nasihat atau rawatan yang diperlukan.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi.
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah pening kepala .