Sulit
3 tahun
Patah bahagia bawah mata dan rahang atas
Ayah saya mengalami kemalangan,dan mengalami patah si bahagia bawah mata dan rahang atas,tidak dapat melakukan pembedahan atas sebab tindak balas bius,sekarang bahagian rahang distabilkan denga bgahagia gigi diikat dengan besi dan getah elastik,soalan saya,ayah saya alami sakit tekak dan hilang suara,dia juga mengadu sakit kepala dan merasa gigi yang diikat terlalu ketat.ayah saya sukar bernafas di bahagian mulut…soalan saya,perlukah saya memotong getah yang diikat pada gigi untuk keselesaan pernafasan ayah sy?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham kerisauan terhadap ayah anda. Walau bagaimanapun, kami tidak dapat memberi apa-apa kata mengenai apa yang boleh lakukan kepada ayah anda kerana kami memerlukan maklumat lanjut. Kami sarankan anda untuk membawanya berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut dan apakah yang boleh dilakukan kerana ayah anda perlu diperiksa dahulu. Kami tidak galakkan anda untuk membuat apa-apa tindakan selagi belum berjumpa dengan doktor.
Jika anda masih musykil, anda boleh hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk mendapatkan penjelasan dari pihak kami. Terima kasih.