
Sulit
4 tahun
Payudara bahagian puting
Saya lelaki umur 18thn puting susu saya gatal dan skrng dia bengkak dan berair mcm mna saya mw atasi masalah tersebut?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jaga kesihatan anda dengan pemakanan yang betul !
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan bateria atau fungus
- Sakit akibat kulit tercedera
- Keradangan kulit puting
- Tanda-tanda awal ruam
- Alahan produk kulit atau ubat
- Dermatitis Kontak Alergi
- Tanda-tanda gangguan hormon
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat.
Buat sementara waktu, kekalkan kebersihan diri, jauhi faktor-faktor yang dapat memperberat kondisi kulit & dapatkan bantuan sesegera mungkin.
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Internal Medicine Specialist kami sedia membantu.
Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.