
Sulit
3 tahun
Payudara dan perut rasa tegang kenapa
Salam sejahtera doktor, saya berumur 33 tahun…telah berkahwin selama setahun lebih…baru-baru ini period saya tidak teratur malah tiap2 bulan akan terlewat 1-2 hari adakalanya sebulan…perut saya makin kedepan dan payudara saya bila ditekan terasa nyilu dan sakit…apakah puncanya…adakah saya perlu berjumpa doktor pakar?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana menghubungi kami mengenai masalah anda.
Kami memahami kerisauan anda yang mengalami masalah haid tidak teratur dengan perut kembung dan sakit payudara. Kami akan cuba membantu anda.
Oleh kerana keterangan anda adalah terlalu ringkas, kami tidak dapat membentuk diagnosis yang tepat untuk masalah anda. Namun, kami akan menjawab soalan ini secara umum mengenai punca-punca yang menyebabkan masalah anda. Antaranya :
- Stres
- Kenaikan / penurunan berat badan secara mendadak
- Penggunaan ubat perancang
- Sindrom pra-haid
- Sista ovari
- Ketumbuhan pada rahim atau ovari
Kami menyarankan anda untuk merujuk perkara ini kepada doktor untuk mengetahui punca sebenar masalah anda dan seterusnya mendapatkan rawatan. Anda boleh juga dapatkan konsultasi secara atas talian dengan doktor pakar sakit puan kami.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan