
Sulit
4 tahun
Payudara serta puting sakit
Edited:
Saya wanita berusia 25 tahun dan belum berkahwin
- puting keluar cecair warna kuning + merah (tapi tak berlarutan, berlaku masa awal pkp bulan 3). Bila picit dia akan keluar cecair tu.
- kulit puting mengelupas (sekali dua)
- puting terasa gatal gatal (berlarutan)
- payudara sakit kalau terkena apapa. Tidur meniarap dan sebagainya. (2 bulan dah)
- ada bintik merah macam jerawat dekat payudara baru tumbuh hari ni (dec 2020)

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang payudara gatal.
Untuk makluman anda, keadaan sebegini boleh disebabkan oleh beberapa perkara:
- Alergik kepada fabrik bra
- Keradangan payudara
- Jangkitan kuman pada payudara
- Keradangan puting
Saya tidak boleh memberi konklusi tepat apa yang anda alami melainkan pemeriksaan fizikal dibuat terlebih dahulu. Oleh itu sekiranya perkara ini berlanjutan atau anda mengalami gejala lain seperti di bawah, sila berjumpa dengan doktor:
- Demam
- Keluar cecair selain susu dari puting
- Payudara bengkak
- Payudara bertukar warna
- Sakit yang berpanjangan
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di ( DoctorOnCall ) secara peribadi. Terima kasih.
Anda masih risau tentang masalah anda? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!